Tuesday, 2 April 2013


                                                       INFORMASI BB HOMESTAY


  
BB HOMESTAY terletak di Lembah Jaya Utara, iaitu melepasi 2km Pekan Ampang, Kuala Lumpur. Rumah sesebuah berkonsep ( Town house) iaitu 2 tingkat dan 3 bilik tidur. Keluasan 960 kaki persegi, ia pastinya penginapan yang ideal untuk seisi keluarga. 

Disini juga menyediakan ruang parking berbumbung di kawasan rumah dan diluar kawasan rumah. Ia sememangnya sesuai untuk tujuan bercuti, rombongan merisik atau bertandang. BB HOMESTAY pastinya menggamit ketibaan anda dan keluarga.


KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Untuk pengetahuan , BB HOMESTAY baru sahaja beroperasi pada bulan Mac 2013. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat sebarang kecacatan atau kekurangan yang pastinya akan kami cuba hindari.

Seiring dengan moto kami iaitu " memberi keselesaan yang memuaskan anda ", BB HOMESTAY menyediakan pelbagai kemudahan bagi memastikan keselesaan  anda sekeluarga. Antara kemudahan yang terdapat di BB HOMESTAY setakat ini adalah seperti berikut :


  • Kipas siling di ruang tamu, ruang dapur, dan di setiap bilik tidur.
  • Terdapat 2 tilam bujang dan bantal tambahan (tanpa kos tambahan).
  • Ruang tamu yang dilengkapi dengan set sofa dan televisyen.
  • Seterika
  • Peti sejuk
  • Rice cooker, Tea set
  • Sejadah dan arah kiblat.

BBHOMESTAY




Pandangan Dari Hadapan



Ruang Tamu




Bilik Utama
(kipas siling, meja solekan, penyidai ,cermin, dan katil Kelamin (Queen size)



Bilik 1
(kipas siling, Cermin, Penyidai , 2 Katil Bujang)



Bilik 2
(Kipas Siling,Penyidai, Cermin, 2 katil Bujang)




Ruang Dapur
(Peti Sejuk, Pemanas Air, Pinggan Mangkuk dan cawan)






                                                                          Terma & Syarat


  • Sebarang perbuatan menyalahi hukum ISLAM dan menggangu ketenteraman kawasan kejiranan adalah  dilarang sama sekali.
  • Transaksi wang adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja.
  • Bayaran deposit RM50 (bagi setiap hari yang ditempah) hendaklah dijelaskan dalam masa 3 hari dari tarikh tempahan dibuat.
  • Bayaran deposit tidak akan dipulangkan jika tempahan dibatalkan.
  • Baki kos penginapan hendaklah dijelaskan sewaktu penyerahan kunci homestay ketika daftar masuk.
  • Masa Masuk adalah 2.00 petang dan keluar 12.00 Tengahari.
  • Keselamatan penghuni dan barangan mereka adalah keutamaan kami. Oleh itu penghuni dinasihatkan: 
  1. Tidak membawa terlalu banyak barangan berharga bersama.
  2. Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup/dikunci bila meninggalkan rumah atau tidur waktu siang dan malam.
  3. Semua suis elektrik dipadam selepas digunakan amat digalakkan.
  4. Jumlah penghuni yang selesa untuk mendiami rumah adalah sebanyak 6-8 orang.

Pihak Pengurusan BB Homestay tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan, kerosakan, kecederaan tubuh badan atau kehilangan nyawa penyewa dan penghuni atau tetamu mereka dan harta benda masing-masing kerana kelalaian mereka atau keadaan di luar kawalan pihak pengurusan .



Para pelanggan yang dihormati, :- 


Deposit sebanyak RM 50 hendaklah dijelaskan pada setiap hari tempahan.


Check in    :   2.00 P.M

Check Out : 12.00 P.M

Untuk makluman juga, kadar sewaan adalah untuk keseluruhan sebuah rumah dan tiada perkongsian bilik dengan penginap yang lain.

kadar sewa ialah      RM150 untuk satu malam,
                                    RM 280 untuk dua malam
                                    RM 390 untuk tiga malam









Tuesday, 19 March 2013




 MAKLUMAT LOKASI : NO 8C, JALAN 4
                              LEMBAH JAYA UTARA,
                              68000 AMPANG, SELANGOR

TEMPAHAN DAN PERTANYAAN : 
                              
                              SILA HUBUNGI/SMS/EMAIL :
                                                           MUHI @ YUSOF ( 019-2412827) 
                                                                                       (03-80767655)    
                               Email :muhiyusof@yahoo.com 
                               blog   : bbhomestayampang.blogspot.com