Terma & Syarat
- Sebarang perbuatan menyalahi hukum ISLAM dan menggangu ketenteraman kawasan kejiranan adalah dilarang sama sekali.
- Transaksi wang adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja.
- Bayaran deposit RM50 (bagi setiap hari yang ditempah) hendaklah dijelaskan dalam masa 3 hari dari tarikh tempahan dibuat.
- Bayaran deposit tidak akan dipulangkan jika tempahan dibatalkan.
- Baki kos penginapan hendaklah dijelaskan sewaktu penyerahan kunci homestay ketika daftar masuk.
- Masa Masuk adalah 2.00 petang dan keluar 12.00 Tengahari.
- Keselamatan penghuni dan barangan mereka adalah keutamaan kami. Oleh itu penghuni dinasihatkan:
- Tidak membawa terlalu banyak barangan berharga bersama.
- Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup/dikunci bila meninggalkan rumah atau tidur waktu siang dan malam.
- Semua suis elektrik dipadam selepas digunakan amat digalakkan.
- Jumlah penghuni yang selesa untuk mendiami rumah adalah sebanyak 6-8 orang.
Pihak Pengurusan BB Homestay tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan, kerosakan, kecederaan tubuh badan atau kehilangan nyawa penyewa dan penghuni atau tetamu mereka dan harta benda masing-masing kerana kelalaian mereka atau keadaan di luar kawalan pihak pengurusan .
No comments:
Post a Comment