Tuesday, 2 April 2013


                                                       INFORMASI BB HOMESTAY


  
BB HOMESTAY terletak di Lembah Jaya Utara, iaitu melepasi 2km Pekan Ampang, Kuala Lumpur. Rumah sesebuah berkonsep ( Town house) iaitu 2 tingkat dan 3 bilik tidur. Keluasan 960 kaki persegi, ia pastinya penginapan yang ideal untuk seisi keluarga. 

Disini juga menyediakan ruang parking berbumbung di kawasan rumah dan diluar kawasan rumah. Ia sememangnya sesuai untuk tujuan bercuti, rombongan merisik atau bertandang. BB HOMESTAY pastinya menggamit ketibaan anda dan keluarga.


KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Untuk pengetahuan , BB HOMESTAY baru sahaja beroperasi pada bulan Mac 2013. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat sebarang kecacatan atau kekurangan yang pastinya akan kami cuba hindari.

Seiring dengan moto kami iaitu " memberi keselesaan yang memuaskan anda ", BB HOMESTAY menyediakan pelbagai kemudahan bagi memastikan keselesaan  anda sekeluarga. Antara kemudahan yang terdapat di BB HOMESTAY setakat ini adalah seperti berikut :


  • Kipas siling di ruang tamu, ruang dapur, dan di setiap bilik tidur.
  • Terdapat 2 tilam bujang dan bantal tambahan (tanpa kos tambahan).
  • Ruang tamu yang dilengkapi dengan set sofa dan televisyen.
  • Seterika
  • Peti sejuk
  • Rice cooker, Tea set
  • Sejadah dan arah kiblat.

No comments:

Post a Comment